Sunday 19 February 2012

Untaian Rasa Kristal

untaian rasa yang memekarkan
sejambak kelopak mawar berduri
akan falsafah cinta, akan panji rasa
mewujudkan getaran nada asmara

namun mawar rindu yang berduri
merobek jemari halus yang kau puja
terluka ... darah yang menitis pilu
itukah segenap sayang, cinta abadi
nan menyakitkan?

kidung rindumu rayu sayup kudengar
kuping hatiku tetap tuli enggan mendengar
kerana luka teramat- meremuk jiwa raga
kini aku hanyalah wadon berkristalkan hati ...

RaisyaScorp

17 Feb 2012

No comments:

Post a Comment