Sunday 19 February 2012

KuLepasKan


~KuLepaskan~

kulepaskan hati jauh mengembara
membawa sukma terluka derita,

kulepaskan jiwa pergi ke mana
enggan mahu ditawan sengsara

kulepaskan diri ke pintu kepasrahan
agar mengemis seobor ketenangan ...


namun tiada mampuku melawan
setiap ayat terdakwat, dalam suratan takdir
hanya KAU saja tahu akan rahsiaMU ...

kulepaskan seripihan hampa
pada bayu yang lalu pergi

kulepaskan abu-abu duka
pada udara yang bergerak

kulepaskan mekar rindu
pada awan yang merebas air mata ...

17 Feb 2012

No comments:

Post a Comment