Tuesday 21 February 2012

♥-DIRIKU-♥

Ain Nurain
♥-DIRIKU-♥

ada masa ku berduka
ada masa ku gembira
ada masa ku menangis
ada masa ku menanti
ku berhadap suatu masa nanti
ada seorang yang mampu membuat
hatiku bahagia dan bisa tersenyum ria
dan ku berhadap aku bisa melupakan
semua kisah duka dan sedihku
aku juga berharap ada seorang
yang mahu hadir dalam hatiku
yang mahu menerima diri seadanya..
tuhan berikan aku kekuatan yang melalui
kisah duka dan gembira
dengan tenang utk mengatasi
dalam segala hal
tujukan lah jalan yang benar
agar hidup penuh dengan berkat...

-SAAT MENGENALMU-


‎-SAAT MENGENALMU-

semenjak mengenalmu
daku rasa satu perasaan yg amat sayu
perasaan malu nak ungkap padamu
daku mahu tp malu

semenjak mengenalmu
aku rasa sayang yg x tahu nak aku bg tahu
sayang pada kamu lebih dari nyawaku
tp aku malu nak ngaku

semenjak mengenalmu
dunia hidupku amat bermakna setiap waktu
hari-hari yang aku lalui amat menyentuh kalbu
aku takut nak bg tahu

semenjak mengenalmu
aku tahu aku perlu mengaku
apa yang ada di dalam hatiku
agar aku x kehilangan kamu..

Dan semenjak daku mengenalmu
hanya satu aku tahu aku x mampu kehilanganmu
tak mampu sendirian tanpamu
sebab daku amat menyintaimu sepenuh hatiku

hanya tuhan yang tahu
apa yang ada dalam isi hatiku
buatmu duhai kasihku...
BAKAL SUAMIKU yang akan aku cintai sepanjang hayatku...

-Ain Nurain-
19.2.2012

~ ♥ Memujuk Rindu ♥ ~

‎~ ♥ Memujuk Rindu ♥ ~

rindu ini merajuk
pinta dipujuk
mahu dirayui
ingin dibelai

rindu ini menyakitkan
pinta diberi ubat
mahu diberi penawar
ingin diberi rawatan

rindu ini cemburu
pinta diyakini
mahu dihiburkan
ingin disayang-sayang

rindu ini hadir
tanpamu di sisi
payah untuk sepi
pergi daripada bertamu

rindu ini
sayang padamu
cinta padamu
jangan biarkan
rindu ini menghukum aku!

RaisyaScorp
♥ 19 Feb 2012 ♥

~Ketika ...~

ketika dri merana
aku dihimpit sengsara
x ku sangka engkau datang bawa cahaya
menerangi jiwa ini yang kesunyian
tidak pernahku menduga
kan bertemu dengan mu
ku balut jiwa yg lara dengan kasih mu
kalau lafaz ungkapan sayang cinta padaku...

Hari ini daku ingin kau tahu
aku sangat sedia sayang padamu
hari esok yang mendatang sama2la kita pertahankannya
tak ingin lagi driku beredam air mata
tak mungkin lagi hidupku diulit mimpi derita

Siang aku terbayang, Malam aku merindu
hanyala kau saja bertakhta di hatiku...

bawalah daku pergi walaupun kemana sahaja
rela ku hambakan dri untukmu sayang
susah dan senang kita redah bersama.......

-Ain Nurain-

19.02.2012

RINDU KASIH

Sri Mawar
RINDU KASIH

Rindu menyapa
serlah kasih
meniti harap
simfoni berdendang
lirik meniti di bibir parah.

Indahnya sabar
semadi setia
hasrat bergelora
mendekap impian
duka kedapatan.

Andai terawang di langit kasih
mimpi tertuang dilelap rintih
pugarkan saja segala hasrat
biar dipuja di dalam kudrat
impian insan dalam nurani
tetap terikat di takdir Ilahi.

DI TITIK INI

DI TITIK INI
Rosnani Ahmad

Berdiri dititik ini

yang kulihat hanya bayang gelap
tiada kelip cahaya di hujungnya
untuk kuatur langkah
kaki jadi kaku
mimpi jadi beku.

Detik jantung masih berdenyut
degupnya kuturut
dengan tipis makna
inginku alih bulan purnama
di pucuk langit angkasa
supaya menyorot cahaya
agar jalan hidupku lebih bermakna.

19 Feb 2012

~Antara Nafsu, Sayang & CINTA~


‎~Antara Nafsu, Sayang & CINTA~

Nafsu bukan CINTA,

bisikan noda tiada terkawal
terpengaruh akan keasyikan maksiat

Sayang sebahagian CINTA
tulus, murni, setia, harapan
tiang-tiang merantai nafsu dari
terus hanyut dalam permainan Iblis.

CINTA ...
terlalu suci, bersih dan indah
rasakan dalam kalimah
BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM
tiada yang paling agung, besar
hanya ALLAH SWT :)

RaisyaScorp
19 Feb 2012