Sunday 19 February 2012

~KAU berikan ...~

 Buat seorang teman yg paling, sangat bererti dalam
hidup Aisya, Abg Isma.

~KAU berikan ...~

kau fatwakan aku rindu
sukar bagiku tepis pergi
menjadikan aku pujanggamu
mencipta lakaran kata bermadah

kau berikan aku kasih
sukar bagiku buang tepi
menjadikan aku Zulaikha
yang mendamba pada keluhuran hatimu

kau berikan aku sayang
sukar bagiku melupakan
menciptakan aku penyair
menggubah melodi dalam kiasan puisi

kau berikan aku serelung hatimu
sukar bagiku untuk menolak
bagiku kau terlalu sempurna
hingga aku rasa tidak layak bersamamu ...

namun tiada mampu aku pergi
tanpamu, aku bukan istimewa
kerana kau yang menjadikanku
TERISTIMEWA [:)]

19 Feb 2012

No comments:

Post a Comment