Tuesday 21 February 2012

♥-DIRIKU-♥

Ain Nurain
♥-DIRIKU-♥

ada masa ku berduka
ada masa ku gembira
ada masa ku menangis
ada masa ku menanti
ku berhadap suatu masa nanti
ada seorang yang mampu membuat
hatiku bahagia dan bisa tersenyum ria
dan ku berhadap aku bisa melupakan
semua kisah duka dan sedihku
aku juga berharap ada seorang
yang mahu hadir dalam hatiku
yang mahu menerima diri seadanya..
tuhan berikan aku kekuatan yang melalui
kisah duka dan gembira
dengan tenang utk mengatasi
dalam segala hal
tujukan lah jalan yang benar
agar hidup penuh dengan berkat...

-SAAT MENGENALMU-


‎-SAAT MENGENALMU-

semenjak mengenalmu
daku rasa satu perasaan yg amat sayu
perasaan malu nak ungkap padamu
daku mahu tp malu

semenjak mengenalmu
aku rasa sayang yg x tahu nak aku bg tahu
sayang pada kamu lebih dari nyawaku
tp aku malu nak ngaku

semenjak mengenalmu
dunia hidupku amat bermakna setiap waktu
hari-hari yang aku lalui amat menyentuh kalbu
aku takut nak bg tahu

semenjak mengenalmu
aku tahu aku perlu mengaku
apa yang ada di dalam hatiku
agar aku x kehilangan kamu..

Dan semenjak daku mengenalmu
hanya satu aku tahu aku x mampu kehilanganmu
tak mampu sendirian tanpamu
sebab daku amat menyintaimu sepenuh hatiku

hanya tuhan yang tahu
apa yang ada dalam isi hatiku
buatmu duhai kasihku...
BAKAL SUAMIKU yang akan aku cintai sepanjang hayatku...

-Ain Nurain-
19.2.2012

~ ♥ Memujuk Rindu ♥ ~

‎~ ♥ Memujuk Rindu ♥ ~

rindu ini merajuk
pinta dipujuk
mahu dirayui
ingin dibelai

rindu ini menyakitkan
pinta diberi ubat
mahu diberi penawar
ingin diberi rawatan

rindu ini cemburu
pinta diyakini
mahu dihiburkan
ingin disayang-sayang

rindu ini hadir
tanpamu di sisi
payah untuk sepi
pergi daripada bertamu

rindu ini
sayang padamu
cinta padamu
jangan biarkan
rindu ini menghukum aku!

RaisyaScorp
♥ 19 Feb 2012 ♥

~Ketika ...~

ketika dri merana
aku dihimpit sengsara
x ku sangka engkau datang bawa cahaya
menerangi jiwa ini yang kesunyian
tidak pernahku menduga
kan bertemu dengan mu
ku balut jiwa yg lara dengan kasih mu
kalau lafaz ungkapan sayang cinta padaku...

Hari ini daku ingin kau tahu
aku sangat sedia sayang padamu
hari esok yang mendatang sama2la kita pertahankannya
tak ingin lagi driku beredam air mata
tak mungkin lagi hidupku diulit mimpi derita

Siang aku terbayang, Malam aku merindu
hanyala kau saja bertakhta di hatiku...

bawalah daku pergi walaupun kemana sahaja
rela ku hambakan dri untukmu sayang
susah dan senang kita redah bersama.......

-Ain Nurain-

19.02.2012

RINDU KASIH

Sri Mawar
RINDU KASIH

Rindu menyapa
serlah kasih
meniti harap
simfoni berdendang
lirik meniti di bibir parah.

Indahnya sabar
semadi setia
hasrat bergelora
mendekap impian
duka kedapatan.

Andai terawang di langit kasih
mimpi tertuang dilelap rintih
pugarkan saja segala hasrat
biar dipuja di dalam kudrat
impian insan dalam nurani
tetap terikat di takdir Ilahi.

DI TITIK INI

DI TITIK INI
Rosnani Ahmad

Berdiri dititik ini

yang kulihat hanya bayang gelap
tiada kelip cahaya di hujungnya
untuk kuatur langkah
kaki jadi kaku
mimpi jadi beku.

Detik jantung masih berdenyut
degupnya kuturut
dengan tipis makna
inginku alih bulan purnama
di pucuk langit angkasa
supaya menyorot cahaya
agar jalan hidupku lebih bermakna.

19 Feb 2012

~Antara Nafsu, Sayang & CINTA~


‎~Antara Nafsu, Sayang & CINTA~

Nafsu bukan CINTA,

bisikan noda tiada terkawal
terpengaruh akan keasyikan maksiat

Sayang sebahagian CINTA
tulus, murni, setia, harapan
tiang-tiang merantai nafsu dari
terus hanyut dalam permainan Iblis.

CINTA ...
terlalu suci, bersih dan indah
rasakan dalam kalimah
BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM
tiada yang paling agung, besar
hanya ALLAH SWT :)

RaisyaScorp
19 Feb 2012

Sunday 19 February 2012

JEJAK HARAPAN

JEJAK HARAPAN

Tak akan pernah ada titik terang
antara gelap dan pekatnya malam
andai melupus iman dan takwa
walau beribu neon menyala.

Di mana cahaya jiwa
antara haru dan beban resah
biar getar bertebar
biar gundah menggelepar
bila hatimu sedikit terkesima
pada pengertian tentang azali
juga jejak mimpimu berisi
kau takkan lagi merana
menjadi insani yang bermakna
dalam tuntutan hidup
dan cinta-Nya dapat kau hirup .

Sri Mawar
19 Feb 2012


Lukisan Hati

Dalam mata tergambar lukisan hati
kadang dimengerti dan kadang
tak mampu diselami
jiwa kosong susah dimengertikan
kosong berwajah istimewa direaliti
andai dalam luka yang membadai
terlihat senyuman masihkah kuat bertahan
segala nampak kecil,bagai noktah
dilembaran kertas putih tapi tiada sia-sia
dari titisan airmata yang menitis tanpa dipinta
Hingga dirimu yang hadir didunia disisi jiwa mesra
aku
akan menghargainya...

Bunga Ros
19 Feb 2012

BERKATA BENARLAH

BERKATA BENARLAH
apabila kita berkata maka kata kita hendaklah benar
biarpun kata itu pahit dan sakit
sabarlah dengan keimanan yang tinggi
kerana kata kita adalah berbisa.
berkata benarlah kita kepada diri dan orang lain
kerana setia untaian bahasa direkodkan
dan dibicarakan sebagai yang benar atau sia-sia
berkata benarlah kerana kata kita kata hati dan naluri
dalam gelohongnya jantung
lahir rasa dan citra manusia
pada akal terbetik pertimbangan
yang membenarkan bunyi diseruling diri.
berkata benarlah walaupun pahit dan berbisa.

19 Feb 2012

BICARA DO'A


BICARA DO'A

Syahdu nian bicara do'amu

kala menyingsing terbitnya fajar
mentari mengintai di sudut timur
melambai hasrat getar sukma insani .

Semoga saja jodoh termeterai
dalam kelangsungan tujuan hidup
bila ikatan menjanjikan setia
biar kasih memesrai jiwa.

Andai kuntum rindu berbunga indah
seri warna menghambat gundah
tetapkan cinta pada satu matlamat
kukuhkan niat di hati bertekad.


19 Feb 2012

Hanya Kamu Dan Kamu

ketika diri merana
aku dihimpit sengsara
  takku sangka engkau datang bawa cahaya
menerangi jiwa ini yang kesunyian
tidak pernahku menduga
kan bertemu dengan mu
ku balut jiwa yang lara dengan kasih mu
kalau lafaz ungkapan sayang cinta padaku...

Hari ini daku ingin kau tahu
aku sangat sedia sayang padamu
hari esok yang mendatang sama-samalah kita pertahankannya
tak ingin lagi diriku beredam air mata
tak mungkin lagi hidupku diulit mimpi derita

Siang aku terbayang, Malam aku merindu
hanyala kau saja bertakhta di hatiku...

bawalah daku pergi walaupun kemana sahaja
rela ku hambakan diri untukmu sayang
susah dan senang kita redah bersama.......

-Ain Nurain-
19.02.2012
Aku sudah tak mampu
menggapai angan-angan
yang tak bermakna
aku tewas pada perasaan
yang hanya merindui bayang-bayangmu
jiwaku dirasuk hampa yang tak bertepi
aku tak berdaya mengharapkan cintamu
sehingga kini
lamunanku masih tak berpenghujung
namun hanya satu pertanyaanku
" mengapa aku tak mudah
mendapatkan bahagia denganmu? "
itu pun tak ku temui jawapannya...

19 Feb 2012

♥ Ketika Hati Merindukanmu ♥

♥ Ketika Hati Merindukanmu ♥

Kenangan itu menumpuk menjadi catatan usang.
Hal yang telah lama ku lupakan.

Kini, lembar demi lembar ku buka perlahan.
Menyibak kisah kita yang terbenam.

Ada bahagia tertera di situ.
Ada tangis dalam sendunya pilu.
Semua terangkum menjadi satu.

Semua tentangmu terpahat dengan megah...

Bertahta dalam jiwa.
Meski terhempas oleh perihnya luka.
Namun ia tak pernah sirna.

Dan ingatanku mengembalikan kenangan yang telah lalu.

Kisah diantara aku dan kamu.
Juga waktu yang telah merampas kebersamaan itu.

Terlelaplah sayang...
Dalam tidur panjang yang tengah kau jelang.

Meski tanganku tak mampu memeluk erat tubuhmu.

Akan selalu ku dekap engkau dalam lantunan doa-doa ku...

1.53am...~~JiwakuRita~~
~~19/02/12~~

INGINKU LAGUKAN

INGINKU LAGUKAN

Sayangku...

inginku lagukan kata-kata cinta buatmu
menunjukkan perasaan sebenar hati ini
padamu tak pernah ku lupa walau sedetik
hanya pada mu jua cinta kasihku berputik

Sayang...sedalam mana lautan yang luas
tak dapat mnandingi luasnya cinta yg bersemi
kau lah anugerah terindah dalam hidup ini
sungguh berarti cinta yang engkau beri

Sayang...genggamlah erat jemari janji
cinta yang mekar dihati tidak akan ternoda
dari lumpur jua debuan yang merosak
kejernihan cinta yang suci seharum kasturi
hanya buatmu janji ini dipadu...

Engkau penawar jua segalanya didunia ini
hanya kau satu dihatiku selamanya
selangi nafas ini masih bisa ku hela
tidak mungkin terpadam cinta ini dari hatiku...
hanya Allah jua yang dapat memisahkan....

Hanya untukmu sayang
kata-kata dari hati ingin kulagukan.....

Seindah Janji
19/2/2012

~Sapa Doaku~

‎~Sapa Doaku~

selamat pagi sayangku
kudoakan dirimu bahagia dan ceria
seperti mentari memancarkan suria

sambutlah sapa pagiku
sehangat mentari pagi
menjadi jana membakar semangatmu

kuiringi perjalanan hidupmu dengan doa dan harapan
agar dirimu tabah dan tenang dalam menelusuri liku-liku hidup di alam ini
kerna setiap kehidupan tak dapat lari dengan ujian dan cobaan

setiap jejak yang kau ambil,
kututipkan doa buatmu setiap saat,
agar kau sering dibawah jagaanNYA
tersenyum dan gembira walau hatimu terluka

setiap langkah yang kau selusuri
kuiringkan dengan bunga-bunga harapan
agar kau sentiasa ceria dan gembira harunginya
walaupun ia terasa perih di hatimu

ingin kuhapuskan air mata
dari telaga hatimu yang jernih,
memadam garis bekas luka,
kan kutetap bersama malam pagimu
mendukungmu dalam apa bentuk sukar

ingin kumelihat kau sentiasa tersenyum lagi
ku mau melihat kau gembira dan ceria kembali
seperti hari-hari yang lalu
yang kita jalani bersama dulu

sambutlah sapa sayangku
terimalah sekalung doaku buatmu
yang sentiasa kuhadiahkan khas tukmu

dan kan kusetia bersamamu walaupun hidupku berliku
inginku bahagiakan dirimu setiap saat dan tika
kerna diriku amat menyayangi dirimu, sayangku!

Isma Anis Al-Fikri
♥ 19 Feb 2012 ♥

~Pakaian Syariat~

Raisya Scorp
‎~Pakaian Syariat~

pakaian syariat masih ternoda,
ada terkoyak, perlu ditampal
kain taqwa, kain tawakal
dijahit dengan bebenang istighfar...

kekadang, alpa mengotori
buat diri sering terlupa
akan genggaman janji
yang diringi raungan hampa ...

dalam mencari haqiqi
mengatur langkah meniti masa,
bukan setakat mengumpul pahala dosa
agar dapat kembali padaMU ...
tanpa terkoyak, bersih suci!

pakaian syariat ini masih belum sempurna,
bilakah mampu dicantikkan?
dengan sulaman indah tasauf,
dengan renda-renda makrifat
agar dapat mempersembahkan diri
sebaik-baik ciptaanMU, ya Rabb ...

19 Feb 2012

Madah ...

bagaikan sebuah lukisan
senja berlabuh
pelangi pun jatuh
rindu tertangguh

di dada laut


(2)  
ia kian kecil dalam cengkaman itu
tiada suara tiada sendu
tidak ada kepedulian
hanya sehelai rambut gugur di dahi
telaga mata nan gersang
tiada manik terurai lagi
betapa sepi

19 Feb 2012

Anak Bangsa

wahai anak bangsaku
kau anak zaman yang punya iman
kepalsuan adalah musuhmu
dari atas podium kebenaran yang mulia
bersama hancurkan kejahilan
bersama nyahkan kepalsuan ini
buta mata pada cahayanya
yang menafikan kepalsuan
dan menuntut kebenaran
walaupun jadam yang kau terima
senyuman mampu terukir
di sebalik sebuah kejayaan

19 Feb 2012

~KAU berikan ...~

 Buat seorang teman yg paling, sangat bererti dalam
hidup Aisya, Abg Isma.

~KAU berikan ...~

kau fatwakan aku rindu
sukar bagiku tepis pergi
menjadikan aku pujanggamu
mencipta lakaran kata bermadah

kau berikan aku kasih
sukar bagiku buang tepi
menjadikan aku Zulaikha
yang mendamba pada keluhuran hatimu

kau berikan aku sayang
sukar bagiku melupakan
menciptakan aku penyair
menggubah melodi dalam kiasan puisi

kau berikan aku serelung hatimu
sukar bagiku untuk menolak
bagiku kau terlalu sempurna
hingga aku rasa tidak layak bersamamu ...

namun tiada mampu aku pergi
tanpamu, aku bukan istimewa
kerana kau yang menjadikanku
TERISTIMEWA [:)]

19 Feb 2012

~Salam Rindu, Ikatan Hati~


‎~Salam Rindu, Ikatan Hati~

salam rindu kupersembahkan bersama iringan kasih sayang

salam rindu kuhadiahkan bersama kalungan berlian sayang


bersama rindu ini kunantikan kehadiranmu
bersama rindu ini kuingin dirimu sentiasa bersamaku

bersama lambaian rindu, kuberikan serelung hati
bersamamu kunikmati keindahan hidup ini

meniti pelangi kasih berjalur warna-warni
tiada warna suram untuk melukis

menelusuri jejalur kasih sayang yang mewarnai hidup kita
yang terasa semakin indah dalam degupan hati

degupan nadi yang bergetar, berdenyut seiring
nafas menghirup dalam kalimah kasih
menguntai sayang dalam setiap udara

menjalin kasih disetiap waktu bersama
menyimpul rindu dalam tautan tinta bicara
menggenggam sayang dalam hati kita berdua

tidak akan lepaskan genggaman sayang,
erat memegang, memelihara dengan ikhlas

menjalin kasih disetiap wakyu bersama
menyimpul rindu dalam tautan tinta bicara
menggenggam sayang dalam hati kita berdua

tidak akan lepaskan genggaman sayang,
erat memegang, memelihara dengan ikhlas

kan kupegang erat simpulan kasih itu
agar tidak terburai di tengah jalan
kerana ia amat bernilai dalam hidupku
ia lebih mahal dari permata zamrud dan intan berlian

walau memang dalam hati ini
kaulah permata zamrud, kaulah intan berlian
kuhiaskan pada hatimu, agar kau tahu
betapa rinduku membakar obor cinta kita!

Isma Anis Al-Fikri
♥ 18 Feb 2012 ♥

~Senila Kejujuran, Sebilah Rajuk~

~Senila Kejujuran, Sebilah Rajuk~

lidah hati tiada mampu

tidak pandai berbohong,
tidak bisa mencipta palsu

akan dihantui rasa bersalah,
akan direjam oleh hati
akan dikejar setiap saat

apa bohong itu diwajibkan
demi menjaga hati teman?

apa bohong itu diharuskan
agar menjaga keharmonian?

tika diri jujur berkata
mengapa menjadi nila perosak
hingga sebilah rajuk menikam
enggan sapa, nafikan setiap maaf?

senila kejujuran, tiada lagi bernilai
sebilah rajuk, rengganngkan kita :((


RaisyaScorp
18 Feb 2012
aku ingin menangis semahuku.. tiada siapa yang memberikan aku tisu
aku ingin menyandarkan segala lelah dihatiku.. tiada siapa yang sudi meminjamkan bahunya
aku ingin bertatih bersama saat aku terjatuh.. tiada siapa yang sudi memimpin tanganku
aku ingin berlari sejauh hatiku yang terluka.. tiada siapa yang sudi berlari beriringan denganku
aku ingin berenang dilautan kasihmu..tiada siapa yang mampu menyelamatkan aku dari kelemasan
aku ingin terbang membawa lara hati ini..tiada siapa yang sudi meminjamkan semangatnya
lalu ku bersuara ..
belajarlah mengharungi segala kelukaan itu dengan satu semangat
belajarlah menghargai apa yang aku miliki dengan kesyukuran
belajarlah segalanya
kerna allah tetap bersama ku
dalam susah dan senang
sakit dan sihatku
muda dan tuaku
kaya dan miskinku
lapang dan sempitnya
hidup ku selama ini
alhamdulillah ya alllah

18 Feb 2012

~CINTA~

‎~CINTA~

Indahnya cinta
seindah namanya
berbahagia siapa saja
yang memilikinya

Namun...
jika benar cinta itu indah
peliharalah cinta itu
agar tetap kemilau
sinarnya.....

Sucinya cinta....
umpama sebutir mutiara
akan sentiasa bersinar
meski pun berabat lama

Jangan terpedaya
sinaran dari cinta kaca
tersilah memilih
diri akan tersiksa
jiwa menjadi sengsara

Bagiku cinta sejati
sukar cari ganti
setelah ku temui
selamanya tidak
ku lepaskan pergi....

Seindah Janji
18/2/2012

APAKAH MAKNANYA


APAKAH MAKNANYA

apakah maknanya semua ini
tersimpul rapikah ikatan itu
sekukuhnya sejak dulu
atau
terleraikah sedikit simpulan itu
satu ketika dulu
kini
kau pilin serapinya
seindahnya di dunia hidupmu
tercemar, tercalar, ternoda
oleh warna pelangi yang kau ciptakan
saratnya
mendung yang kau ukirkan
gerimis yang kau tadahkan
gelombang yang kau pukulkan
bisanya
nada yang kau lagukan
sayunya irama yang kau alunkan
ironinya kasih yang kau ciptakan
rentak tarinya sumbang
seraut wajah yang bening itu
penuh ketenangan
penuh kedamaian
tapi seraut kasih yang kau utuskan
diantara bilah-bilah kasih itu
ada sejuta rahsia tersembunyi
ada kilauan kelukaan yang kau sinarkan
pada kehidupan yang kau sandarkan
pada kasih dan sayang
selamanya di teratak kasihmu
yang semakin rebah dalam tegaknya sendi
yang semakin hilang serinya dalam jujurnya cintamu
yang semakin tersungkur dalam meniti jalan terakhir
sebuah perjalanan kasihmu

Ika Shahida
18 Feb 2012

YA ALLAH AKU MEMINTA

YA ALLAH AKU MEMINTA

Wahai Allah..aku meminta...
Dalam sepi, ku menyebut namaMu
Mengharap sinar kasihMu yang abadi
Penghapus derita menyejuk hati
Berikan aku hidayahMu ya Rabbi..

Wahai Allah..aku memohon...
Dalam sepi ini..berikan aku rindu,
Yang tertuju khas padaMu
Berikan aku cinta,yang abadi buatMu
Redhai langkah ku menuju jalanMu

Wahai Allah..aku akui....
Sesungguhnya aku menyintaiMu
Jagailah hatiku wahai Allah...
Jangan dibolak balikkan hatiku
Tetapkanlah cinta ini hanya milikMu

Dan tetapkan cintaku
Jua kasih dan sayang ini
Pada dia yang menjaga cintanya
Hanya kepadaMu wahai Allah...

Himpunkan lah kami bersama
Dalam golongan 0rang -orang yang
Engkau kasihi....wahai Allah..
Amin.......amin..amin.........
ya rabbalalamin......

Seindah Janji
18/2/2012

~Kau Nistakan Persembahanku~

~Kau Nistakan Persembahanku~

kuhadiahkan sekalung mutiara
berharga pada sanjungan ikhlas
tanpa kuminta secubit balasan
bagiku, kau teman yang berharga

kukalungkan pada dada aksaramu
mekar kembangan yang murni
kutadah airmata dukamu
kujaga hatimu daripada terguris
kulakarkan senyum pada bibir lara
kau teman yang aku sayangi selalu

apakah penghargaan ini tidak mencukupi?
lantas kau putuskan mutiara yang kukalungkan

apakah di mata hatimu
mutiara persahabatanku tiada harga?

kau letakkan di lembah kepuraan
kau letakkan di lembah kepuraan
kau sampahkan setiap ikhlasku
dalam tawa nistamu kau taburkan
serpihan kaca mengutuk persembahan
persahabatanku ini …

Isma Anis Al-Fikri
♥ 18 Feb 2012 ♥

Aku ...

Aku menyintaimu setulus hatiku
jangan kau dustai kenyataan itu

aku merinduimu seikhlas jiwaku
jangan kau nafikan perasaan itu

aku menyayangimu seumur hidupku
jangan pernah kau padamkan aku dari kehidupanmu

biarpun seringkali kita leka dan terleka dek dugaan dunia
jangan sekali kita tewas mempertahankan harga cinta ini

biarpun kadang-kala kita bertengkar dan bertingkah
belajar saja dari kisah semalam
e
go tidak membawa kita ke mana-mana. ♥ ♥ ♥
Myra Rizky
18 Feb 2012

HARUSKAH AKU....MENGAPA AKU

HARUSKAH AKU....MENGAPA AKU

sakit bila terluka
perit bila hati terhiris
getir bila hati terseksa
kau guriskan carta kelukaan berkala
pada hati yang rawan
pada jiwa yang kesedihan
haruskah aku
mengapa aku
sembilu hati merona
meronta kepedihan
bila kau oleskan tuba
dimuara hati yang tak berdosa
dimanakah salah dan silapnya
haruskah aku
mengapa aku
lalu kau penjarakan aku
disudut yang tak mampu
kelumpuhan aku untuk bertahta
sinarnya semakin pudar dimamah masa
cahayanya tidak mampu diterangi
kelam sesuram hati yang kau warnakan
hilangnya warna pelangi yang ku miliki
dalam menungkah arus
haruskah aku
mengapa aku
untuk aku terus menikmati
kasih illahi dan kasihmu

Ika Shahida
18 Feb 2012

Cinta Yang Kau Bagi ...

cinta yg kau bagi dua membuat hidup ku lebih bermakna
kemanisan cinta yg aku ada ,krn kehadiran dia diantara kita
ketulusan hati yg aku beri.membuat kita lebih mengerti.
sesungguh nya perkongsian cinta memberikan keteguhan hati

aku merasakan itu saat kau tiada di sisiku..
ku tepis segala cemburu ku.saat dia bersama mu
karena ku tahu separuh dr hati mu adalah untuk ku.
aku rasakan itu..walau kau jauh dari ku...

Aku terima kau apa adanya..krn engkau lah anugrah dr yg Esa
( gd morning **i luv u**)
Ain Nurain 
18 Feb 2012

KETIKA MALAM KEMBALI HADIR

KETIKA MALAM KEMBALI HADIR

Ketika malam kembali hadir
berteman sebuah kesepian
ku buka jendela hati ku
mengintai rembulan yang satu

Kerdip bintang bertaburan
sungguh indahnya malam ..
kurasai belaian bayu menyapa jiwa
mengusap lembut menyentuh rasa

Bagai membelai rindu ini
dalam kesepian yang memepekat
hatiku terpikat,pada indahnya
sinar bulan...yang memikat

Aduhai malam...aku tak mahu
malam ini berpanjangan
izinkan aku menutup jendela ini
kerana mata ini tak bisa menemani

Aku harus mencari bantalku
untuk belayar kealam impianku
menanti esok yang bakal bertamu
bersama harapan yang pasti menunggu

Seindah Janji
18/2/2012

~Wahai Bintang~

~Wahai Bintang~

wahai bintang di langit biru
engkau saksi rinduku ini
rinduku padanya tak terkata lagi
seharian tak bersama hatiku keresahan

wahai bintang di ufuk langit
kubariskan kalian jadi huruf
huruf-huruf mengeja rinduku
padanya yang sudah menawan hatiku

wahai bintang yang bergemerlapan
kuloretkan dengan warna-warna rindu
warna rindu yang berkilauan
dengan kilauan kasih sayang

wahai bintang yang berkilauan
kusunggingkan rasa cintaku pada cahayamu
agar di langit berlangsirkan hitam
ibarat berlian ros indah terpesona

wahai bintang yang bertaburan
usungkan cinta agong ini buat dirinya
bawakan padanya cintaku hanya satu
agar dia ketahui bahawa kuamat cinta dirinya ...

Isma Anis Al-Fikri
♥ 17 Feb 2012 ♥

~AJARI AKU~

~AJARI AKU~
Ajari aku untuk bsangka baik padamu
agar hati ini tidak bimbang jua ragu
ajari aku untuk sentiasa bersabar
ketiaka jiwa ini keliru dan cemburu

Cemburu bukankah artinya sayang
namun cemburu jua buat cinta melayang
berikan aku cahaya kasih yang teduh
agar jiwa ini redup seumpama disayangi
jua dihargai tidak berbelah bagi

Salju kasihimu buat aku semakin cinta
terasa dihargai dan bahagia terasa
dalam naungan kasih tiada pendua
mekar selamanya bagai bunga cinta
yang tidak akan layu selamanya dijiwa..

Seindah Janji
17/2/2012

SAATKU DITINGGALKAN...


SAATKU DITINGGALKAN...

gembirakah kau sayang
tenangkah kau sayangku
setelah kau guris hatiku
setelah kau hancurkan harapanku
masih mampukah kau tersenyum
masih gagah kah kau melangkah
meninggalkan aku terkapar
sendiri menahan sakit
sendiriku kau tinggalkan
tanpa penawar
sudah pasti
kau gembira dan bahagia saat ini
tersenyum atas derita yang kau beri padaku
berlari riang melihat aku kesakitan
bersorak bangga kemenangan
puas setelah kau bunuh impianku
ya...
aku rela disakiti
asal kau bahagia
walau atas duka laraku
kerana..
hanya kau yang ku sayang
hingga akhir nafasku...

~~~JiwakuRita~~~
17 Feb 2012

BuatMu

‎~BUATMU~

Buatmu yang ku rindui..
bersama sorotan sinar mentari
mecuri tumpu dikamar sepi ini
jiwa ini bagai melayang lirih
seakan terbang ketempatmu

bersama hembusan bayu
sayu menyusup masuk
dikamar sepi hati ini..
lalu terusik hati ini sayang
tika jiwa ini asyik merinduimu..

lalu ku ukirkan rindu ini
dalam sebuah sulaman kata
sehampar tenunan hati buatmu
agar jiwa ini tenang dibuai rasa...

Merinduimu disaat jauh
menyayangi disaat dekat
adalah 2 pekara yg berbeza
kerana aku selalu mengharap
kau selalu disisiku selamanya...

Hanya pada Allah jua ku pohon
semuga kamu disana baik-baik saja
dan salam rindu ini,ku titipkan
pada awan yang berarak lalu
hanyan buat mu sayang......

Seindah Janji
17/2/2012

KuLepasKan


~KuLepaskan~

kulepaskan hati jauh mengembara
membawa sukma terluka derita,

kulepaskan jiwa pergi ke mana
enggan mahu ditawan sengsara

kulepaskan diri ke pintu kepasrahan
agar mengemis seobor ketenangan ...


namun tiada mampuku melawan
setiap ayat terdakwat, dalam suratan takdir
hanya KAU saja tahu akan rahsiaMU ...

kulepaskan seripihan hampa
pada bayu yang lalu pergi

kulepaskan abu-abu duka
pada udara yang bergerak

kulepaskan mekar rindu
pada awan yang merebas air mata ...

17 Feb 2012

~Selama~

Selama mentari masih bersinar
Dan bulan tetap terangi malam
Selama jantung ini masih berdetak
Cintaku padamu takkan pernah pudar

Mungkinkah ku hidup denganmu
Mungkinkah ku hidup tanpamu
Ku tak tau tapi dapat mencintaimu
Adalah bahagia untukku

17 Feb 2012

Tentang Cinta

Myra Rizky
Selama darah ini masih mengalir
Cintaku padamu masih tetap ada
Cinta yang buatku bahagia
Tapi juga siksa,sakit,terluka & kecewa

Ku tak peduli mungkin kau takkan
Pernah tau apa isi dalam hatiku
Bahwa ku benar-benar mencintaimu
Dan ku sangat menyayangimu

17 Feb 2012

Jika Engkau

Isma Anis Al-Fikri
Jika engkau belum punyai ilmu
hanya prasangka
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhanmu.

Jika engkau hanya mampu merangkak
maka merangkaklah pada-Nya.

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk
maka tetaplah mempersembahkan doamu yang kering
kerana Tuhan dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima matawang palsu mu itu ...


17 Feb 2012

~Lakaran Salamku~

Kulakarkan salam kasih
salam kasih serumpun rindu
salam sayang memekarkan rindu
rindu semerbak wangian kasturi

kubingkiskan bersama sejuta harapan
harapan yang membawa seobor semangat
menyulam kata di tenunan hati
menyirap rasa di hati sanubari

mewujudkan keindahan yang lama
hilang dibawa memori duka
mentunaskan bebenih yang baru
menggantikan elosi luka yang lalu

biar hati seceria mentari pagi
sungging warna mengilhamkan senyuman
bercahaya dari pagi sampai ke sore
tanpa rasa lelah dan lesu walau sesaat

terus menenun kain sutera hati
menyelimut hati sesama hati
agar tiada lagi duka bertamu
memadam setiap garisan hampa

menjadi satu harapan murni
ikatan hati ke hati menjadi realiti
agar tiada lagi rasa sangsi
antara kita, sentiasa memahami

dan salam kasih serumpun rindu
bersama sayang memekarkan bindu
khusus buat yang tersayang, dewiku ..
.

Isma Anis Al-Fikri

RinduKu

‎~Rinduku~

rembulan.
si pungguk.

lamaran rindu
di tepis ragu

hanyut bersama
bisikan bayu luka

dan aku
terdiam. hampa.

merebas air mata.

17 Feb 2012

Duhai SAYANG

Duhai SAYANG..

Aku tiada terhenti mengingatimu..
Saat lena dan terjaga aku selalu memikirkanmu..
Terkumpul rindu penuh dikalbu..
Jemputlah rinduku bertamu ke hatimu..

SAYANG..

Dimana pun kakiku berpijak seakan kau mengikuti langkahku..
Kemanapun ku ayunkan langkah bayangmu mengekoriku..
Setiap kurebahkan raga seperti kau ada disampingku..
Khayalku tentangmu teramat mengganggu jiwaku..

Betapa berat kasih yang kubawa meniti kini..
Betapa banyaknya rindu yang beselerak dibalik mimpi..
Berkali-kali kucuba tepis bayangmu tetap jua tak boleh pergi..
Menguntum kasihmu dilaman hati,senyum mu kini sedang kucari..
Selamat petang duhai kekasih yang kunanti..

Jiwaku Rita ♥ 6.36pm ~~16/02/2012

Rindu

Rindu

permulaannya
rindu itu
adalah sebutir mutiara embun
yang jatuh pada dinihari
mengembangkan kelopak bunga
mendinginkan suasana
mengulit aku terus beradu
lama kelamaan
ia berkumpul lalu berpadu
menjadi arus tasik yang hening
di mana aku berdayung di atasnya
tetapi bila lebih lama dari itu
tetiba ia bertukar
menjadi sebuah lautan yang luas
yang bisa
menghanyutkan aku
terkapai-kapai dilambung badai
dan terdampar
lalu aku lemas di dalamnya

Cetusan rasa
zainabngah
17 Feb 2012

Cetusan Rasa

di kejauhan
bersama laut nan biru
pipit dan punai
menggamit kenangan
waktu silam
terbentang permaidani hijau
bersama pantai yang putih
senyum sang pesawah
menyaring hasil keringat
di huma dan lembah
kini waktu dimamah senja
kebiruan rasa berlalu sepi
ditelan kemodenan
menyelerakkan seribu pengharapan
deretan pembangunan tersusun
di tubir mata petani tua
adalah debu di hatinya yang luka
kerakusan bersimpuh
dan tirai jendelanya yang antik
adalah misteri dendam yang pedih
sesungguhnya
senyum generasi abad ini
adalah kepucatan lesu
bersama kepekatan malam
jerihnya moyang kita
dalam jeritan seribu sengsara
mengabadikan sebuah penghidupan
penuh berliku dalam kedamaian...


zainabngah
17 Feb 2012

Kata-Kata ...

Norsidah Abu Bakar
kata-kata itu meruntun sendu
dihatiku sendiri
mendera aku dalam rindu yang terpatri
menahan perasaan
intronya menghantar rasa ngeri
tergaman aku mendengarnya
lidah ku kelu untuk bersuara
tak mampu ku luahkan rasa
ironinya suara itu semakin memujuk hati
yang semakin terasa
yang semakin menguris hati

Ika Shahida
17 Feb 2012