Tuesday 21 February 2012

~ ♥ Memujuk Rindu ♥ ~

‎~ ♥ Memujuk Rindu ♥ ~

rindu ini merajuk
pinta dipujuk
mahu dirayui
ingin dibelai

rindu ini menyakitkan
pinta diberi ubat
mahu diberi penawar
ingin diberi rawatan

rindu ini cemburu
pinta diyakini
mahu dihiburkan
ingin disayang-sayang

rindu ini hadir
tanpamu di sisi
payah untuk sepi
pergi daripada bertamu

rindu ini
sayang padamu
cinta padamu
jangan biarkan
rindu ini menghukum aku!

RaisyaScorp
♥ 19 Feb 2012 ♥

No comments:

Post a Comment