Sunday 19 February 2012

BERKATA BENARLAH

BERKATA BENARLAH
apabila kita berkata maka kata kita hendaklah benar
biarpun kata itu pahit dan sakit
sabarlah dengan keimanan yang tinggi
kerana kata kita adalah berbisa.
berkata benarlah kita kepada diri dan orang lain
kerana setia untaian bahasa direkodkan
dan dibicarakan sebagai yang benar atau sia-sia
berkata benarlah kerana kata kita kata hati dan naluri
dalam gelohongnya jantung
lahir rasa dan citra manusia
pada akal terbetik pertimbangan
yang membenarkan bunyi diseruling diri.
berkata benarlah walaupun pahit dan berbisa.

19 Feb 2012

No comments:

Post a Comment